about my family~~

2010年8月18日星期三

Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan princip rukun negara.
Amanah
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinnan orang lain.
Harga Diri
Kebolehan dan keyakinan diri agar mampu memuliakan dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.
Bertanggungjawab
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.
Hemah Tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.
Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur,sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
Kerajinan
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan,kecekalan,kegigihan,dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.
Kasih sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.
Keadilan
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.
Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.
Kesederhanaan
Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada permikiran,pertuturan atau perlakuaan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
Kasih Sayang Terhadap Keluarga
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluanga.
Hormat dan taat kepada anggota keluarga
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.
Mengekalkan tradisi kekeluargaan
Menerima,menghormati dan mengamalkan sesuata kebiasaan,adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga.
Tanggungjawab terhadap keluarga
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia,meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.
Menyayangi dan menghargai alam sekitar
Kesedaran tentang pentingnya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.
Keharmoniaan antara manusia dengan alam sekitar
Keadaan saling memerlukan hubangan yang harmoni antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dengan alam sekeliling terpelihara.
Kemampanan alam sekitar
Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup.
Peka terhadap isu-isu Alam sekitar
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya.
Cinta akan negara
Perasaan sayang dan bangga akan negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.
Taat Setia kepada raja dan negara
Kepatuhan dan kesetian yang berkekalan kepada raja dan negara.
Sanggup berkorban untuk negara
Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara.
Melindungi hak kanak-kanak
Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna.
Menghormati hak wanita
Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberikan sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara
Melindungi hak pekerja
Menghormati,menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan,jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara.
Menghormati hak golongan kurang berupaya
Memberi layanan yang sopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan.
Melindungi hak pengguna
Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksplotasi.
Mematuhi peraturan dan undang-undang
Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.
Kebebasan bersuara
Kebebasan berucap dan mengeluarkan buah fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman.
Kebebasan beragama
Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembangaan Malaysia
Penglibatan diri dalam pembangunan negara
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia
Sikap keterbukaan
Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia
Hidup bersama secara aman
Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya
Saling membantu dan bekerjasama
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat
Saling menghormati antara negara
Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.

没有评论:

发表评论